Friday, June 8, 2012

JUM'AH TADABBUR WITH HEART - BENEFITS OF HUGGING

Pada pandangan peribadi saya , kenyataan di atas adalah benar. Memeluk seseorang juga merupakan salah satu komunikasi, kadang-kadang ada perkara yang tidak mampu kita ucapkan tetapi laksanakan dengan perbuatan iaitu dengan cara memeluk seseorang itu.

Tepat sekali pada pandangan saya , bahawa seseorang itu tidak akan dapat memberi pelukan melainkan dia pernah menerima pelukan. Saya senang untuk memeluk kerana sebelum ini ramai guru-guru saya yang memeluk saya ,keluarga , dan sahabat-sahabat.

Cukup dengan dipeluk itu kita dapat rasakan kehangatan dan kemesraan yang membawa kepada kasih sayang sesama yang berpeluk.

Jadi ayuh kita peluk orang yang kita sayangi dan halal di sisi agama untuk dipeluk. Kadang-kadang dengan perbuatan atau tindakan kita yang sedikit itu mampu untuk mengubah atau menambah erti dalam kehidupan insan yang kita peluk itu.

P/S : hehehe rasa nak peluk x?? umm cepat2 la peluk yang tersayang.....=) <3