Wednesday, March 21, 2012

Marilah Kita Tadabbur Kata-Kata Hikmah Ini


1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa
ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah
akan murka kepadanya hingga dia melepaskan
perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang
kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para
sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling
baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan
kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka
betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya
aku akan perintahkan membawa seekor kambing,
kemudian dipanggang untuk kami di depan
pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya
tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan
barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan
kebinasaan umat Muhammad SAW di atas
tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut
dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
(matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau
sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku
bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,
maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang
bagaimana amalan itu diterima daripada banyak
beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit
amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah
amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap
selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut
selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada
ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak
difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau
tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika
berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada
perkara syubhat.

2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila
dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang
itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat
sunat."

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia
bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. -
Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu,
kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya
ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan.

Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh
menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya.

Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan
melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah
bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia
tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah -
Saidina Ali bin Abi Thalib

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun
pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua
belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin
Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.

Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan
tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang
sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya
sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai
dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan
kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya
terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri
dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan
atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi
orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di
dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,
tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah
rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri
sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. -
Saidina Ali bin Abi Thalib

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat
menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau
orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -
Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar
kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan
meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu
berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang
berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh
penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula
pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka
dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum
mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap
tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan
lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta
memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan
daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia
yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda
kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-
Siddiq

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci
yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah
sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin
Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya
dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat
melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka
sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang
dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok
dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin
Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan
keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah,
bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah
gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal,
kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi
Thalib

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan
itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim -
Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada
harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada
hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa
membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab

Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika
kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga
kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat
keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “
apabila dia memang tidak tahu.

Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak
akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang
membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang
zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan
dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti
kehormatan dirinya akan terjaga.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tandatanda
orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali r.a berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayangmenyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi
keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula
salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga
dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak
wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya
mati.

Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan
kunci rumah itu adalah ketidak jujuran. -Imam Hasan
Al-Askari

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah
kebenaran dan pintunya ialah keadilan.
Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap
keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti
dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.
-Said bin Suwaid

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan
keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran,
bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh
daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada
anaknya.

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak
selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara
semuanya :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana
dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat
menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk
sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui
kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya
melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang
yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang
telah mati

Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa
malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang
ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar
yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al
Fudhail bin Iyaadh

Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti
diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat
dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu
begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati
yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan
melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin
Alwi al-Haddad al-Husaini

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia
masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata
"Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi
bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim

Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan
diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui - Al-
Auzaa'i

Siapa yang mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa
Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang
diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas r.a

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari
teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang
mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-
Ghazali

Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang,
tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang
berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa

Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke
atas bukit -Ibnu Abbas

Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah
pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat
dikembalikan menjadi tanah - Wahab Munabih

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali
melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka
pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu
kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu
perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga,
menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan,
menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi
maut -Ibrahim bin Adham

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai
siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan
berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah
bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan
- Ibnu Abbas

Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama
gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan
lebih banyak lapar di akhirat - Ibnu Asahir

Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada
kepentingan)
-Luqman Al-Hakim

Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah
(renunglah) kata-kata hukama' kerana Allah SWT
menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah
sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan
yang lebat- Al-Hukama'

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala,
taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan
hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala
harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa
mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam
dosa maksiat, maka harus membaca istighfar -Abul -Abbas Al
Masri

Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi
manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh
-Amru Al-As

Abu Laits berkata : "Awaslah kamu dari ketawa berlebihlebihan
kerana ketawa mengandung 8 bahaya.
· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
· Memberanikan orang bodoh kepadamu
· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila
engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim
jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.
· Melupakan dosa-dosa yang lampau
· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila
ketawa terbahak membekukan hatimu.
· Melupakan mati dan akhirat
· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana
ketawamu
· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis
di akhirat.

Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman
bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman
bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika
menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan
yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari
kesalahan.
-Ahmad bin Ismail

Adakalanya seseorang melepas satu kalimat untuk
mentertawakan orang-orang di sekitarnya, maka Allah murka
padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang
disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang
diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu
merata kepada orang-orang disekitarnya. - Ibrahim Annakha'i

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah
berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal
mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana
dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah
dan mengurangi -Yazid bin Abi Habib

Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu
menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu
masuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah At-Tusturi

Ketika Haatim al-Asham datang berkunjung kepada Imam
Ahmad, Imam bertanya,"Beritahukan kepadaku,bagaimana
caranya mencari selamat dari manusia ?" Haatim menjawab,
"Dengan tiga hal:
1. Anda memberi harta kepada mereka, dan jangan mengambil
harta mereka.
2. Berikan hak-hak mereka dan janganlah menuntut hak Anda
dari mereka
3. Bersabarlah menghadapi gangguan mereka dan jangan
mengganggu mereka
Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap
dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke
dalam perutnya -Ahmad Athaillah

Berhati-hatilah kamu. Jangan sampai menulis masalah apapun
dari ahlul ahwa` sedikit ataupun banyak. Dan berpeganglah
dengan ahli atsar dan sunnah. -Imam Ahmad

Kunci amal-amal dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat
pula adalah lapar - Syeikh Abu Sulaiman ad-Darani

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang
simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang
sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan
tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya
beban -Al-Hassan Al-Bashri

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada
darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit,
iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi
pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul Qasim Al-
Junaid

Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan
membuat sejarah dengan akal pikiran mereka.
Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila
hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah,
pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam
obornya.
-Dr. Mustafa Assiba'i

Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa
yang hanya dihafaz semata-mata-Imam Syafi'e
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang
itu pantas disebut orang besar di segala petala langit -Nabi
Isa A.S

Orang kaya itu tetap tempatnya di bawah orang yang miskin
baik di syurga atau neraka kecuali yang selalu bersedekah.
Namun sedikit sekali yang berbuat demikian kerana syaitan
merintangi mereka untuk bersedekah. - Abu Laits

Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau
lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu
itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan
persahabatan. -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau
maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah
makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau
makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan
samada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah
makanan itu. -Imam Sufian ath-Thauri

Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim
daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia
akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya
sedangkan orang jahil tidak begitu -Imam Abdullah bin Alwi
al-Haddad al-Husaini

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia
begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan
masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya
telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian
dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang
benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap
engkau. -Imam Umar bin Abdul Aziz

Musibah itu hanya satu bala tetapi jika orangnya mengeluh
maka menjadi dua bala. Yang satu bala musibah dan yang
kedua hilangnya pahala musibah itu - Abdullah bin Almubarak

Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak
dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah
sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi
zahir dan batinnya - Imam Abu Hanifah



No comments:

Post a Comment