Friday, January 20, 2012

APA DIA HUKUM HUDUD? APA DIA HUKUM QISAS? APA DIA HUKUM TA'ZIR?


hukum jenayah dalam islam

1.Pengertian Jenayah
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

2.Falsafah Jenayah
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.



Hukum-Hukum Jenayah Islam
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada
 

1.HukumHudud

2.HukumQisas

3.Hukum Ta’zir



Hukum Hudud
1.Pengertian Hudud
1.Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh
2.Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
2.Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
1.Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2.Qazaf(menuduh zina);
 
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.

Hukuman :sebat 80 kali

3.Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.

Hukuman :sebat 40 kali

4.Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.

Hukuman : potong tangan

5.Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
 

6.Riddah(murtad)
 
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.

Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
 


Hukum Qisas
1.Pengertian qisas;
1.Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
2.Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan*-kesalahan yang melibatkan hak individu.
 
2.Jenis jenayah qisas;
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3.Hukuman terhadap kesalahan qisas;
 
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Maksudnya;

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”
(Surah al-Maidah ayat 45)

Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.



Kadar Diat
 

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;

1.wang emas = 1000 dinar
2.wang perak = 10,000 -12,000 dirham
3.lembu = 200 ekor
 
4.kambing = 2000ekor
5.Persalinan = 200 persalinan lengkap
__________________

No comments:

Post a Comment