Thursday, January 19, 2012

PENGENALAN DAN SEJARAH SISTER IN ISLAM (SIS)


PENGENALAN DAN SEJARAH SISTER IN ISLAM (SIS)

PENGENALAN:
Sisters in Islam (ditubuhkan pada tahun 1988) atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.

SEJARAH:
Pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir- anak sulung mantan perdana menteri Malaysia- bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.
Logo SIS berbentuk rahim, sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim, diambil daripada lukisan Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995).

PENGENALAN TAMBAHAN SIS
:
            SIS telah diasaskan oleh Dr. Amina Wadud pada tahun 1988. Ketika itu beliau adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Teologi. Seramai 6 orang wanita muslim yang prihatin terhadap permasalahan wanita telah bersatu hati membentuk jawatankuasa ketika awal penubuhan SIS iaitu Dr. Amina Wadud, Zainah Anwar, Salbiah Ahmad, Sharifah Zuriah, Rashidah Abdullah dan Ros Ismail. Pada tahun 1991, SIS telah didaftarkan sebagai NGO di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad di bawah seksyen non profit (tiada keuntungan). Nama SIS digunakan secara komersil dalam urusan penyiaran tetapi mereka menggunakan nama syarikat bagi urusan rasmi. 
            Pada asalnya SIS dikenali sebagai Puteri Islam. Memandangkan gerak kerja mereka melewati sempadan negara hingga ke negara barat, mereka telah bersepakat untuk menamakan Puteri Islam sebagai Sisters In Islam supaya tampak lebih global. Para wartawan pernah mencadangkan nama Daughter Of Islam sebagai terjemahan kepada Puteri Islam. Nama tersebut pernah tersiar hanya beberapa kali di dalam akhbar, namun SIS lebih menyukai nama Sisters In Islam. SIS ditubuhkan atas persepakatan golongan professional wanita yang banyak terlibat dengan permasalahan wanita seperti ibu tunggal. Oleh kerana pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan wanita yang membela kaum wanita dan menegakkan hak-hak mereka, pengasas SIS rasa bertanggungjawab untuk mewujudkan pertubuhan tersebut. Antara sebab-sebab utama tercetusnya idea penubuhan SIS ini ialah :

a. Apabila banyak rungutan daripada wanita tentang kes-kes yang tertangguh dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya daripada Mahkamah Syariah khususnya dalam hak-hak wanita berkaitan undang-undang kekeluargaan Islam
b. Beberapa persoalan yang timbul melibatkan diskriminasi gender, keganasan rumahtangga dan sebagainya yang difokuskan kepada keutamaan dan pembelaan ke atas wanita.

             
 Penubuhan SIS di dorong oleh pertubuhan wanita yang bertapak di Indonesia yang dikenali sebagai RAHIMA. SIS secara tidak langsung mengikut acuan yang telah dibentuk oleh RAHIMA sebagai asas bagi memulakan gerakan wanita di Malaysia. Berbekalkan keyakinan dan keazaman, SIS berjaya menggerakkan pertubuhan tersebut hingga ke hari ini. Mereka kini semakin mendapat kepercayaan samada masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa. Suara mereka kini semakin lantang mempertahankan hak-hak wanita supaya wanita tidak dizalimi dan dianiayai.

BAHAGIAN PROJEK SISTER IN ISLAM (SIS)
            Dalam bahagian projek ini, SIS telah menjadikannya kepada 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai seorang pegawai yang akan menguruskan dan bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah diberikan. Bahagian tersebut ialah:
1) 
   
BAHAGIAN PENYELIDIKAN
Di bahagian ini, pegawai tersebut bertanggungjawab untuk menjalankan kajian mengenai isu-isu semasa yang menyentuh tentang hak-hak wanita. Kajian tersebut dilakukan mengikut metodologi kajian yang telah ditetapkan oleh SIS. Dalam kajian tersebut SIS tidak mengenepikan pendapat Sarjana Islam Moden dan hasil tulisan Ulama’-Ulama’ terkini. Hasil kajian tersebut akan disiarkan di dalam akhbar, kertas-kertas persidangan, diskusi ilmu sesama ahli dan sebagainya
2)   
 
BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAM
 Bahagian Pendidikan Awam bertanggungjawab untuk mengadakan latihan kepada ibu-ibu tunggal, wanita dan sasaran akan datang ialah remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Latihan tersebut berbentuk forum, diskusi, bengkel, seminar dan kem motivasi. Sasaran akan diperkenalkan tentang undang-undang kekeluargaan dan undang-undang lain yang berkepentingan. Selain itu sasaran juga diterapkan nilai-nilai kepimpinan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dan mampu merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Pendedahan ini terbukti berjaya mewujudkan kesatuan dan kekuatan di kalangan wanita-wanita yang teraniaya.

BAHAGIAN ADVOKASI DAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG
 Pegawai yang bertugas pada bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya pada aspek undang-undang kekeluargaan dan yang berkaitan. Beliau perlu mengenalpasti klasifikasi undang-undang, impak pelaksanaan sesuatu undang-undang dan cara pembelaan sekiranya menghadapi tindakan mahkamah. Beliau menjadi rujukan kepada mana-mana individu yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan prosedur undang-undang. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan “Undang-undang dan Anda” Akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Jumaat. Setiap persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca sekiranya mudah, akan dijawab terus oleh pegawai berkenaan. Sekiranya solan tersebut agak sukar dan memerlukan penghuraian yang panjang, maka SIS akan mendapatkan perkhidmatan percuma (free service) daripada pakar undang-undang

4)      BAHAGIAN SUMBER DAN PERPUSTAKAAN
 Untuk bahagian ini, pegawai program diamanahkan untuk menyelenggarakan laman web SIS dan e-mail. SIS akan sentiasa mengemaskinikan laman webnya supaya pembaca dapat maklumat secara cepat dan segar. Sebarang masalah yang timbul, pembaca dapat menghantar atau mengirimkan soalan tersebut melalui e-mail kepada SIS. Dengan ini, hubungan dua hala secara tidak langsung dapat diwujudkan.

Selain itu, pegawai berkenaan turut ditugaskan untuk menerbitkan buku-buku yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan luar negara. Ada ketikanya bahagian ini bertindak sebagai penterjemah kepada hasil tulisan mereka, kerana kebanyakan buku yang ditulis oleh penulis luar adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya tidak ada hasil tulisan daripada penulis, SIS akan membukukan isi-isi dan kenyataan penting kertas kerja seminar dan forum. Bermula dari peringkat menyediakan bahan penulisan hinggalah kepada proses percetakan adalah menjadi tanggungjawab pegawai berkenaan

BUKU YANG TELAH DIHASILKAN
 Antara buku yang telah dihasilkan oleh golongan ini ialah:
1)       “ Muslim Women and the Challege Of Islamic Extremism” oleh Norani Othman


2)      “ Pelik Tapi Benar Dalam Solat” oleh Abdul Rahman Mohamed.
3)      Qur'an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman's Perspective (Qur'an dan Wanita: Pentafsiran Kembali Ayat-Ayat Suci dari Kaca Mata Wanita). Oleh Amina Wadud

AKTIVITI SIS :
SIS menyokong semangat revolusi Islam dan mengakui Islam telah mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan.
Objektif utama SIS adalah:
  • Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita
  • Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki
  • Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.
Misi SIS ialah:
·         Untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip Islam yang sebenar, prinsip-prinsip yang memuliakan konsep kesaksamaan di antara wanita dan lelaki, berjuang ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat dalam negara demokrasi

Aktiviti SIS:
a)Penglibatan dalam masyarakat
Masyarakat Islam khususnya wanita perlu diberi kefahaman yang jelas tentang undang-undang dan hak-hak mereka dalam masyarakat. Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, SIS telah melibatkan diri dalam masyarakat yang pelbagai seperti ibu tunggal, remaja, wanita professional dan golongan pelajar
b)Perhubungan Antarabangsa.
Sumbangan SIS terhadap wanita bukan sahaja di tanahair Malaysia, malah SIS terus melebarkan sayapnya hingga ke serata dunia khususnya negara-negara Islam. Bagi memantapkan misi perjuangan, SIS seringkali mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan aktivis-aktivis kemasyarakatan negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Afrika, Mesir, Jordan, Amerika dan lain-lain lagi
c)Sumbangan di dalam Media Massa
Sehingga kini, SIS telah mendapat kepercayaan penuh oleh Utusan Malaysia untuk mengendalikan ruangan “Undang-Undang dan Anda” pada setiap hari Jumaat. Sekiranya SIS tidak berkesempatan untuk menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu, pihak media sering bertanyakan pendapat SIS melalui telefon. Ini menunjukkan bahawa SIS dijadikan rujukan oleh media dan ini merupakan satu penghormatan yang baik. Di antara akhbar yang sering menyiarkan artikel SIS ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, The Sun dan New Straits Times.
Penubuhan SIS adalah semata-mata atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa perceraian dan ketidakadilan bagi suami yang berpoligami. Memandangkan pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan yang membela kaum wanita, maka SIS bersama beberapa orang wanita professional telah bersatu hati menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan ini

ISU KONTROVESI SIS:
Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism"
Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun (sejak 2005). Ia hanya diharamkan pada tahun 2008.
Menteri Dalam Negeri membayar kos kepada SIS. Pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Koleksi esei itu telah disunting oleh Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku itu tentang undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah syariah. Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam.

ISU POLIGAMI:
Pada 8 Januari 2002, SIS telah membuat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami. Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum al-Quran diwahyukan. SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.

CADANGAN SIS DIHARAMKAN:
Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.

HUKUMAN ROTAN KEPADA PESALAH WANITA
Pada 17 Februari 2010, SIS telah mengeluarkan kenyataan mengecam pihak-pihak seperti MAIS kerana melakukan hukuman rotan ke atas 3 pesalah wanita. “Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut”.

Namun demikian, pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah membidas hinaan tersebut terhadap SIS. Tindakan mengecam akan hukuman tersebut merupakan tindakan yang tidak wajar dan sekaligus menghina hukuman Allah swt. Berikut keratan khutbah jumaat yang telah disampaikan oleh JAIS pada 5 Mac 2010:
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya.
Bersempena dengan Bulan Maulidur Rasul s.a.w., marilah kita bermuhasabah diri sejauh mana kita melaksanakan dan menghidupkan Sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan harian bagi memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kelahiran Rasulullah s.a.w. membawa rahmat melalui agama Islam.
Agama suci ciptaan Allah ini mengandungi peraturan dan undang-undang yang sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia bagi menjamin kesejahteraan hidup. Pelaksanaan Undang-undang Islam atau Hukum Syarak ini adalah bertujuan bagi memelihara agama, akal, harta, keturunan dan nyawa semua makhluk agar selamat sepanjang masa. Oleh itu, kelahiran Rasulullah s.a.w. dan Undang-undang Islam ini membawa rahmat kepada seluruh alam.
Namun sejak kebelakangan ini, ada manusia yang tidak selesa dengan Pelaksanaan Undang-undang Islam malah menghina dan mempertikaikannya. Penghinaan ini sudah pasti akan membawa kepada keburukan dan akan dihukum dengan seadilnya oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Haj ayat 8, 9 dan 10:- Bermaksud:-
8. Dan ada di antara manusia Yang membantah Dalam perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran;
9. Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya Dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab Yang membakar pada hari kiamat kelak;
10. (dengan dikatakan kepadanya): "Azab Yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".

Sidang jumaat yang dimuliakan,
Baru-baru ini, masyarakat Islam didedahkan melalui media massa bahawa tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang. Hukuman ini dijalankan setelah disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) atas kesalahan melakukan hubungan seks haram.
Dalam pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan. Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat
mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.
Berikutan Hukuman Sebatan Syarie tersebut, maka pada 17 Februari 2010 yang lalu, satu kenyataan media iaitu Akhbar The Star yang ditulis oleh P Gunasegaran mengundang rasa tidak puas hati oleh beberapa pihak kerana mempunyai unsur-unsur menghina agama lain. Antara lain, beliau menyatakan dalam akhbar tersebut yang membawa maksud seperti berikut:-
1.      Bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan yang menghalang hukuman sebatan dikenakan ke atas wanita;
2.      Bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan hak asasi manusia dan mendiskriminasikan wanita;
3.      Bahawa Undang-undang Syariah sudah lapuk dan perlu dipinda;
4.      Bahawa kesalahan yang dibuat oleh tiga orang pesalah wanita tersebut bersifat peribadi.
5.      Bahawa terdapat kelompangan dalam Undang-undang Syariah dan menyentuh sensitiviti kebanyakan warga Malaysia;
6.      Bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu terutamanya wanita berhijrah meninggalkan Malaysia kerana kebebasan peribadi mereka sebagai seorang Muslim amat terhad;
7.      Bahawa agama adalah satu pilihan, bukan paksaan dan inilah cara yang perlu kita kekalkan;
8.      Bahawa kami telah menyaksikan apa yang berlaku apabila agama, tak kisahlah agama apa, dibawa oleh orang yang ekstrim dan disalahguna oleh puak pelampau. Kami tidak mahu sebatan awam, tangan kami dipotong, orang direjam sampai mati dan dibakar hidup-hidup; dan
9.      Bahawa kita telah melepasi saat itu. Jangan benarkan sebilangan kecil puak pelampau membawa kita kembali ke era kegelapan. Dan untuk itu, kita perlu berdiri dan bersuara apabila hak-hak individu kita dicabar!
Demikianlah kata-kata penghinaan kepada kesucian Islam yang mana bebas dan aman kita amalkan di negara ini. Sikap merendah-rendahkan hukum Islam ini yang dibuat oleh seseorang warganegara sendiri memang tidak sepatutnya dilakukan.
Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan Hukum Sebatan Syarie ini. Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh ‘Sisters in Islam’ telah diterbitkan di dalam Laman web ‘Sisters in Islam’ antara lain, ‘Sisters in Islam’ membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita.
Pengarah Eksekutif ‘Sisters in Islam’, Dr Hamidah Marican berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah. ‘Sisters in Islam’ turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat tiga wanita Islam tersebut.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya kesan daripada kenyataan-kenyataan yang mempersoalkan hukum Allah ini sudah tentulah membawa kepada keadaan-keadaan yang tidak harmoni seperti:-
1.      Menghina kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Negeri serta Perundangan Syariah yang termaktub dalam
2.      Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman kesultanan Melayu;
3.      Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri dan bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan;
4.      Menghina undang-undang Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa; dan
5.      Mengguris perasaan dan sensitiviti umat Islam serta tidak ada sikap menghormati amalan agama Islam yang diamalkan oleh orang Islam di negara ini.
Sidang jumaat yang dikasihi sekalian,
Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang menghina Islam ini, umat Islam hendaklah mengambil langkah-langkah berikut bagi menjaga kesucian dan kemuliaan Islam serta maruah umat Islam iaitu:
1.      Mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan pendirian kita berhubung isu ini iaitu bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang Islam daripada dicabar, dihina dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah;
2.      Mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menghina Islam dan bersifat menghasut;
3.      Menyokong pihak berkuasa membuat siasatan terhadap P Gunasegaran di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan/atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan;
4.      Masjid dan agensi-agensi agama perlulah menganjurkan program kefahaman dan penjelasan serta kelas-kelas pengajian kepada orang awam mengenai Hukum Jenayah Syariah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita hidup di negara ini dengan hormat-menghormati antara satu sama lain. Budaya ini akan menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan. Jika ada pihak lain yang tidak mahu hidup hormat-menghormati, sudah pasti akan berlaku kemungkinan permusuhan, pergaduhan dan pembunuhan yang pastinya kesemua sekali akan rugi negara akan musnah. Hentikanlah menghina Islam, kerana Islam adalah ciptaan Allah. Allah adalah Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang Lagi Maha Adil. Oleh itu, Islam menjamin kehidupan yang harmoni, berkasih sayang dan adil kepada semua.
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang tidak ta’at kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Al-Ahzab: 36)

 SISTER IN ISLAM MENGKRITIK POLIS MENGHALANG SEKSUALITI MERDEKA
            Pada 4 november 2011, SIS telah mengkritik polis yang telah menghalang seksualiti merdeka. Mereka menyifatkan tindakan polis itu sebagai menapis dan menghalang kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.
“Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan. Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?” (satu keterangan mereka)
            Mereka menegaskan sebagai pertubuhan yang membela kaum wanita, idea untuk menolak kepelbagaian gender dan seksual adalah tidak boleh diterima.
“ kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa”.

SERBA SEDIKIT MENGENAI PENGASAS SIS: AMINA WADUD
Amina Wadud ialah seorang wanita, feminis, dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Amina Wadud dilahirkan pada 25 September 1952 di Bethesda,Maryland. Bapanya merupakan seorang paderi Methodist dan ibunya pula berketurunan hamba dari ArabBerber dan Afrika pada kurun ke-lapan Masehi. Beliau mengucap syahadah pada tahun 1972 sebelum mengetahui asal-usul keluarga sebelah ibu beliau.
Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan (Michigan University). Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika (American University), dan Pengajian Qur'an dan Tafsir di Universiti Kaherah (Cairo University), dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar (semua universiti tersebut terletak di KaherahMesir).
Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya Pengajian Islam (Associate Professor of Islamic Studies) di Universiti Commonwealth Virginia (Virginia Commonwealth University) di RichmondVirginiaAmerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk tempoh yang lama semenjak 1989.
Kajian-kajian Amina Wadud tertumpu kepada jantina dan al-Qur'an. Beliau telah menulis untuk subjek berkenaan dalam bukunya Qur'an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman's Perspective (Qur'an dan Wanita: Pentafsiran Kembali Ayat-Ayat Suci dari Kaca Mata Wanita). Edisi pertama buku tersebut diterbitkan oleh Sisters in Islam di Malaysia dan menjadi rujukan berkisar subjek-subjek jantina dan al-Qur'an oleh aktivis dan pengkaji akademik di seluruh dunia. Setelah menerbitkan buku pertamanya itu, beliau membuat sering membuat syarahan di universiti-universiti dan perhimpunan-perhimpunan di Amerika Syarikat, Jordan, negara-negara Afrika dan Afrika SelatanNigeriaKenya,PakistanIndonesiaKanadaNorwayBelandaBosnia-HerzegovinaSepanyol, dan Malaysia.
Buku terbaru beliau:
Inside the Gender Jihad: Women's Reform in Islam, diterbitkan pada tahun 2006. Di dalamnya beliau bukan sahaja menganalisa al-Qur'an tetapi juga menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang Islam, isteri, emak, kakak, cendekiawan dan aktivis.
Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak bersetuju dengan beberapa ayat Al-Quran, terutamanya yang berkenaan memotong tangan pencuri kerana percaya memotong tangan merupakan perbuatan kasar (brutal behavior). Beliau juga menolak beberapa hukuman lain yang terdapat dalam Al-Quran.  
Amina Wadud menganjurkan empat kaedah baru menafsir Al-Quran, iaitu:
 1) Pembacaan harafiah teks Al-Quran,
 2) Hujah (legalistic) yang mengekang bagaimana ayat itu diguna pakai,
3) Tafsiran semula dari sudut pandangan sebaliknya (baru) ,
 4) Menolak Al-Qur'an apabila seseorang tidak bersetuju dengannya
 Dalam bukunya Qur’an and Woman, Amina mengawali pembahasannya dengan
mengritik penafsiran-penafsiran yang selama ini ada mengenai perempuan dalam Islam.
Ia membagi penafsiran tersebut ke dalam tiga kategori, yaitu tradisional, reaktif, dan
holistik. Tafsir tradisional, menurut Amina, memberikan interpretasi-interpretasi tertentu
sesuai dengan minat dan kemampuan mufassirnya yang bisa bersifat hukum, tasawuf,
gramatika, retorik, atau historis. Metodologi yang digunakan bersifat atomistik, yaitu
penafsiran dilakukan dengan mengupas ayat per ayat secara berurutan. Tidak ada upaya
untuk menempatkan dan mengelompokkan ayat-ayat sejenis ke dalam pokok-pokok
bahasan yang tertulis. Yang ditekankan oleh Amina bahwa tafsir-tafsir tradisional itu
ditulis oleh kaum laki-laki secara eksklusif. Itulah sebabnya maka hanya laki-laki dan
pengalaman laki-laki saja yang direkomendasikan dalam tafsir itu. Sedang perempuan -
berikut pengalaman, visi, perspektif, keinginan, atau kebutuhannya - ditundukkan pada
pandangan laki-laki (Muhsin, 1993: 1-2).
Kategori kedua adalah tafsir yang isinya terutama mengenai reaksi para pemikir
modern terhadap sejumlah besar hambatan yang dialami perempuan yang dianggap
berasal dari Alquran. Persoalan yang dibahas dan metode yang digunakan seringkali
berasal dari gagasan kaum feminis dan rasionalis, namun tanpa dibarengi analisis yang
komprehensif terhadap Alquran. Dengan demikian meskipun semangat yang dibawa
adalah pembebasan, namun tidak terlihat hubungannya dengan sumber ideologi dan
teologi Islam, yaitu Alquran (Muhsin, 1993: 3). Kategori ketiga adalah tafsir yang
menggunakan seluruh metode penafsiran dan mengaitkan dengan berbagai persoalan
sosial, moral, ekonomi, dan politik, termasuk isu tentang perempuan pada era modern ini.
Menurut Amina, tafsir model ini merupakan metode terbaik. Dalam kategori inilah
Amina menempatkan karyanya (Muhsin, 1993: 3).
Metode penafsiran yang digunakan Amina adalah metode yang pernah ditawarkan
oleh Fazlur Rahman, yaitu metode neomodernis. Rahman berpendapat bahwa ayat-ayat
Alquran yang diturunkan dalam waktu tertentu dalam sejarah - dengan keadaan yang
umum dan khusus yang menyertainya - menggunakan ungkapan yang relatif mengenai
situasi yang bersangkutan. Oleh karena itu, pesan Alquran tidak bisa dibatasi oleh situasi
historis pada saat ia diwahyukan saja. Seorang sahabat yang membaca Al-Quran harus
memahami implikasi-implikasi dari penyataan-penyataan Al-Quran pada waktu
diwahyukan untuk menentukan makna yang dikandungnya. Di sisi lain, generasi Islam
selanjutnya, yang situasi dan kondisinya berbeza dengan masa Rasulullah, diharuskan
membuat aplikasi praktis dari pernyatan-pernyataan Alquran yang tetap
mempertimbangkan makna utama yang dikandungnya (Muhsin, 1993: 4; Rahman, 1982:7) Dengan argumen ini, Amina yakin bahwa dalam usaha memelihara relevansinya
dengan kehidupan manusia, Al-Quran harus terus-menerus ditafsirkan ulang.

Pembahasan Amina mengenai kedudukan perempuan dalam buku tersebut cukup
ringkas dan mudah terkesan. Namun, dalam buku tersebut ia menonjolkan semangat
egalitarianisme. Ia tidak menganggap matriarkisme adalah alternatif bagi patriarkisme
yang selama ini dituduh sebagai penyebab perempuan terpinggir. Ia menginginkan
suatu keadilan dan kerja sama antara kedua jenis kelamin tidak hanya pada tatapan makro
(negara, masyarakat), tetapi juga sampai ke tahap mikro (keluarga).

Berikut ini adalah salah satu contoh penghinaan Sister In Islam terhadap Islam yang telah dikumpul buktinya oleh Persatuan Ulama Malaysia di dalam memorandum untuk dihantar kepada Penyimpan Mohor-mohor Besar Diraja. 


Salah satu contoh perkataan yang pernah ditulis oleh Zainah Anwar :


1.0  ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA MENGIRA LATAR
BELAKANGNYA.
Quote

1.1 "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama . Oleh itu sebarang pentafsiran  terhadap sumber-sumber Islam seperti Al Quran bukanlah milik para ulama semata-mata."

(Zainah Anwar , Pengarah Eksekutif Sisters in Islam :Utusan   Malaysia, 26 hb September 2000)

Ini adalah satu contoh fahaman liberal yang ingin dibawa oleh mereka. Iaitu orang yang tidak menguasai disiplin ilmu agama pun boleh mentafsirkan al Quran malah lebih jauh dari itu adalah hadith.

5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN 

5.1
Quote
"Therefore the question that should be addressed in our society today is not whether poligamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims, but whether it should still be continued under the Islamic family law for the Muslims".

("Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam undang-undang keluarga Islam")

["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters in Islam, NST 10th
January 2002]

Menafikan poligami yang dihalalkan oleh ALlah kepada umat Islam. 

Sister In Islam juga bersekongkol untuk menubuhkan IFC iaitu  Interfaith Commission. Kita berikan apakah itu IFC dan bahayanya kepada umat Islam :

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?


IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

 i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
 6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?


Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam



IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of Religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah



Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:


Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,


Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),


Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,


Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,


Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti,


Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.


iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja


Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

iv. Orang Islam bebas untuk murtad



Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama... (Artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

v. IFC berhak menentukan status agama seseorang



Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.


Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

7. Apakah sikap kita sebagai Muslim?



Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun 2009 telah mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi.
Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.


Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu yang prihatin.
Ahli-ahli ACCIN terdiri dari:
Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa), Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam’iyah), Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY.


KOMENTAR TERHADAP SISTER IN ISLAM (SIS):


            Melalui pengamatan saya, kumpulan tersebut mungkin mempunyai agenda mereka yang tersendiri demi meruntuhkan martabat Islam dan ingin membuang Islam sebagai cara hidup umat Muhammad. Mereka hanya mahukan kebebasan dalam cara hidup dan ingin meletakkan manusia dalam suasana sama rata yang menyamaratakan gender lelaki dan wanita dan menghasut umat manusia mempercayai dakyah mereka bahawa seharusnya taraf manusia adalah sama. Hakikatnya Islam sememangnya meletakkan taraf semua penganutnya adalah sama, namun yang membezakan antara seseorang individu dengan individu yang lain ialah taqwa. Allah swt berfirman


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami      telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah Al-Hujurat: 13)

Tindakan mereka hanya menjerutkan diri mereka sendiri kerana masyarakat umum sudah mampu melihat siapakah yang selama ini berusaha untuk memusnahkan Islam dan hakikatnya tindakan mereka ini semestinya atas faktor kejahilan agama yang bersarang dalam diri mereka. Sememangnya pengasasnya juga adalah berkuturunan yahudi dan pengaruh daripada itu dia telah memulakan langkah dan geraknya bagi melumpuhkan islam dengan cara yang tidak diketahui umum.
 
 Menelusuri sejarah penubuhan SIS dan perjuangan mereka , jelas ketara keutamaan mereka ini memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan hak diantara lelaki dan perempuan. Gerakan ini juga mempunyai unsur – unsur liberalisme dan juga feminisme yang ketara. Apa yang penulis nampak mereka ini sudah jelas salah faham dalam menafsirkan tuntutan dan syariat yang telah di tetapkan Islam dengan berpandangan hak wanita Islam itu telah tertindas. Adil yang dilaung-laungkan oleh mereka tidak lain tidak bukan kerana ceteknya ilmu mengenai Islam itu sendiri tanpa memahami hikmah yang ada disebalik setiap syariat. Penulis ingin nyatakan definisi adil itu sendiri :

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil: 
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. 
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang. 
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.

Tetapi benarkah dakwaan SIS Islam tidak adil dengan kaum wanita? Sebelum saya berbicara soal fitrah wanita dan lelaki, mari kita renung dan fikir sejenak makhluk Allah yang lain yang juga mempunyai jantan dan betina. Berkata Abu Hayyan Al Tauhidi dalam kitabnya Al Imta’ Wa Al Mua’nasah; laungkan bersamaku kebenaran firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dan tidak seekor binatang pun yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.” (Al An’am:38)

Mari kita perhatikan:
  1. Burung kendi betina mengeluarkan telur sebanyak 15 biji. Manakala burung kendi jantan akan mengambil alih konon-konon untuk mengeram sambil mengguling-gulingkannya dan ini boleh merosakkan telur-telur tersebut dengan harapan burung betina tidak kembali mengeram. Oleh sebab itu, burung kendi betina sentiasa membuat helah untuk melarikan diri dan membuat sarang tersembunyi yang jauh daripada burung jantan. Setelah ia berjauhan ia akan berterbangan dan merancang untuk kembali kepada burung kendi jantan.
  2. Kura-kura betina tidak mahu menghampiri kura-kura jantan melainkan kura-kura jantan membawa ranting kayu di mulutnya barulah ia selesa bersama kura-kura jantan.
  3. Larva ulat sutera dapat mengesan bauan larva betinannya sejauh 12 kilometer.
Inilah hakikat alam yang perlu kita akui. Kajian saintifik oleh banyak saintis telah menemui kebenaran bahawa perbezaan yang ketara antara jantan dan betina, sedangkan Al Quran telah lama mengisyaratkan perbezaan ini.

Berkaitan kekuatan jasad lahir lelaki, wanita sendiri telah mengakuinya seperti mana yang dirakam dalam surah Al Qasas ayat 26 mengenai nabi Musa a.s.

Maksudnya:
“sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.

Perbezaan fungsi badan pula Al Quran telah menceritakan perihal wanita menyusukan anaknya, menjelaskan hukum-hukum haid dan tingkah laku sosial mereka seperti mana dalam surah Al Ahzab ayat 28.

Mari kita perhatikan penemuan sains fitrah lelaki dan wanita.
  1. Berat bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada saat kelahiran sebanyak 5% dan berat ini semakin bertambah pada kadar 20% selepas 20 bulan
  2. Pada usia 14 tahun berat anak perempuan mengatasi lelaki. Namun, pada usia 16 tahun lelaki akan kembali mengatasi anak perempuan sehingga mencecah kadar 20% pada usia 20 tahun.
  3. Aspek ketinggian pula, ketika lahir nisbah ketinggian bayi lelaki mengatasi wanita pada kadar 2%, namun kadar ini berbeza pada usia antara 11 tahun hingga 14 tahun di mana wanita mengatasi nisbah tersebut.
  4. Kemudian kadar ketinggian wanita akan terhenti pada usia 17 tahun. Berbeza dengan lelaki yang berterusan sehingga berusia 20 tahun dan mengatasi ketinggian wanita pada kadar 10%.
  5. Aspek kekuatan otot, kekuatan genggaman bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada usia 7 hari pada kadar 10% dan ia terus bertambah ketika berusia 20 hari dengan peningkatan kadar kekuatan sebanyak 55%.
  6. Pada aspek kecergasan, bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada kekuatan pernafasan ataupun dari segi istilah sainsnya “daya hidup”. Daya hidup dikira berdasarkan kemampuan menampung kuantiti udara oleh paru-paru. Kajian membuktikan bayi lelaki menggunakan kuatiti oksigen yang lebih tinggi daripada bayi perempuan dan ini memastikan kelangsungan hidup yang lebih tinggi kerana oksigen merupakan sumber untuk menghasilkan tenaga kepada badan. Ibarat kereta memerlukan petrol ( isilah minyak kenderaan anda).
  7. Nisbah kelebihan daya hidup ini berterusan pada kadar 7% pada usia 6 tahun sehingga mencapai kadar 35% pada usia 20 tahun. Aspek perbezaan jiwa boleh rujuk buku lain antaranya “man from mars, woman from venus”.
Jadi, kepada pejuang SIS , adakah adil untuk kita membebani setiap satu dengan tugasan yang sama sedangkan telah nyata perbezaan lelaki dan wanita? Apabila diangkat darjat sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain, telah nyata kelakian dan kewanitaan itu tidak sama dan tidak adil untuk menyamaratakan lelaki dan wanita pada setiap sudut kehidupan. Maka bagi mereka peranan yang sesuai dengan kemampuannya sendiri. Keghairahan kita menuntut keadilan, kesamarataan dan pengabaian aspek jantina akan memangkin lagi kepincangan dalam masyarakat dan membuahkan kezaliman yang berterusan kerana adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

...kemanusian itu mempunyai dua sayap-lelaki dan wanita-jika salah satu sayap itu patah maka pincang dan tersungkurlah ia...Imam Al Ghazali

Berhubung masalah faraid, saksi, wanita bekerja dan seumpamanya boleh rujuk fatwa semasa Dr. Yusuf al-Qardhawi tentang wanita. Bacaan lengkap boleh rujuk buku Syeikh Abdul Majid Subhi bertajuk “Kedudukan wanita dalam Islam” yang penulis tidak sertakan.

Istilah :
ü  Gramatika  : tata bahasa

ü  Retorik : (bahasa Greek: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan.

ü  Tradisional :  sikap dan cara berpikir serta bertindak yg selalu berpegang teguh pd norma dan adat kebiasaan yg ada secara turun-temurun

ü  Reaktif : sifat cenderung, tanggapan, atau segera bereaksi terhadap sesuatu yg timbul atau muncul

ü  Holistik @ holistic : memberi penekanan kepada hubungan organik atau fungsi antara bahagian-bahagian
dan keseluruhan
(emphasizing the organic or functional relation between parts
and the whole )

ü  Atomistik @ atomistic :
dibahagikan kepada unsur-unsur yang berasingan dan sering berbeza
(divided into separate and often disparate elements)

ü  Feminisme :  gerakan wanita yg menuntut persamaan hak sepenuhnya antara kaum wanita dan lelaki

ü  Liberalisme :
1. aliran ketatanegaraan dan ekonomi yg menghendaki demokrasi dan kebebasan peribadi untuk berusaha dan berniaga (pemerintah tidak boleh turut campur)
2. usaha perjuangan menuju kebebasan
ü  Rasionalis : orang yg menganut paham rasionalisme
Rasional : menurut pemikiran dan pertimbangan yg logis; menurut fikiran yg sehat; sesuai dengan akal; 

ü  Neomodernis :  ‘neo-modern’ mulai digunakan di lingkungan New York sekitar 1982,
 
istilah itu sebagai imitasi polemik dari Post Modern. Istilah ini muncul lagi dalam sebuah artikel Douglas Davis di majalah Newsweek dan digunakan untuk menggambarkan suatu mood dan gaya yang baru.

ü  Egalitarianisme :
1. doktrin atau pandangan yang menyatakan bahawa manusia itu ditakdirkan sama derajat;
2. asas pendirian yg menganggap bahawa kelas-kelas sosial yg berbeza mempunyai bermacam-macam anggota, daripada yang sangat pandai sampai  yang sangat bodoh dalam proporsi yg relatif sama
ü  Matriarkisme @ (matriarchy) :  satu bentuk organisasi sosial yang  mana wanita sebagai ketua keluarga dan mendahulukan nasab wanita (a form of social organization in which a female is the family head and title is traced through the female line)

ü  Patriarkisme @ (patriarchy) : satu bentuk organisasi sosial yang mana lelaki sebagai ketua keluarga dan mendahulukan nasab lelaki  (a form of social organization in which a male is the family head and title is traced through the male line)

ü    Teologi : pengetahuan ketuhanan (mengenai sifat Allah, dasar kepercayaan kpd Allah dan agama, terutama berdasarkan pd kitab suci)

ü      Makro : berkaitan dngan jumlah yang banyak atau ukuran yang besar
Mikro : berkaitan dengan jumlah yang sedikit atau ukuran yang kecil

*Tugasan ini dibuat oleh saya dan sahabat saya Noor 'Ain Bt Mustaffa Johari*



2 comments: